KUANTAN: Terpedaya dengan umpan sebanyak RM110 menyebabkan seorang pesara kerugian wang simpanan berjumlah RM260,388 selepas pelaburan saham yang disertainya sebenarnya tidak wujud.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, lelaki berusia 55 tahun itu mendakwa tertarik untuk menyertai pelaburan terbabit kerana dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan.
"Mangsa mendakwa mula menyertai pelaburan itu pada awal Disember tahun lepas dan cubaan pertamanya melabur dengan nilai RM500 membawa keuntungan RM110 menyebabkan dia melabur dalam jumlah lebih besar.
"Dia kemudiannya diberikan pautan untuk mendaftar dalam sebuah laman web untuk memantau pergerakan saham dan berminat untuk mengeluarkan keuntungan pada minggu ketiga Disember 2023.
"Bagaimanapun, suspek dikatakan meminta mangsa untuk membayar cukai pelaburan terlebih dahulu, sehingga dia membuat 14 kali pemindahan wang secara dalam talian ke lima akaun seperti diarahkan," katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.
Yahaya berkata, mangsa menyedari ditipu selepas masih tidak diberikan kebenaran untuk mengeluarkan "keuntungan" itu, menyebabkan dia membuat laporan di balai polis di Kuala Lipis semalam.
Dalam kes berasingan, Yahaya berkatam seorang jururawat berusia 50 tahun sanggup membuat pinjaman bank dan menjual barangan kemas, selepas diperdayakan sindiket Macau Scam sehingga kerugian RM105,000.
Mangsa mendakwa dihubungi suspek pada 26 Nov tahun lepas, yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang sedang membuat siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan nama mangsa.
Mangsa menafikan dakwaan itu, namun talian kemudian dikatakan disambungkan kepada seorang anggota "polis" yang menggertak bahawa mangsa akan dikenakan hukuman berat atas kesalahan itu.
Anggota "polis" itu didakwa telah mengarahkan mangsa untuk membuat pemindahan wang ke empat akaun berbeza kononnya bagi tujuan siasatan dan mangsa yang bimbang dikenakan hukuman, telah sedaya upaya memenuhi arahan itu.
Mangsa membuat laporan di balai polis di Jerantut semalam, selepas sedar ditipu kerana gagal menghubungi suspek bagi bertanyakan perkembangan siasatan. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2024
Suspek dikatakan meminta mangsa untuk membayar cukai pelaburan terlebih dahulu, sehingga dia membuat 14 kali pemindahan wang secara dalam talian ke lima akaun seperti diarahkan. - Gambar hiasan
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Sebuah rakaman presiden iran dalam helikopter dikeluarkan
Dalam pada itu, sebuah tv nasional Iran pada Ahad mengeluarkan rakaman yang menunjukkan presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya menaiki helikopter sebelum ia terhempas.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
[TERKINI] Helikopter Terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya terhempas pada Ahad ketika melintasi kawasan pergunungan dalam kabus tebal.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Teknologi canggih makmal analisis cryptocurrency selesai kes jenayah besar
Makmal analisis jenayah mata wang kripto yang mula beroperasi sejak 2021 merekodkan pencapaian membanggakan dan berjaya menyelesaikan kes-kes besar.
"Untung" RM110, rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tak wujud
Lelaki berusia 55 tahun itu mendakwa tertarik menyertai pelaburan yang dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan.
Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam
Seorang pelajar IPTA di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram.
Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.
PDRM sedang kenal pasti dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru
Polis sedang mengenal pasti dalang utama sindiket Macau Scam yang menyebabkan 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Peru.
Kerajaan usaha bawa balik mangsa 'scam' luar negara
Buat masa ini kerajaan sedang berusaha mengesan mereka yang menjadi mangsa, kata Timbalan Perdana Menteri.
43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru
Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.
Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata faktor itu dipercayai berikutan terdapat banyak komuniti guru di negeri ini iaitu kira-kira 50,000 orang.
Macau Scam: Pekebun sayur rugi hampir RM800,000
Mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarah memindahkan wang daripada akaun simpanan ke lima akaun berbeza.
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilapor ke MCMC, ini lima jenis scam
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2020 hingga Mei tahun ini.